Rindu sekolah
Monday, January 11, 2016 | 6:00 PM | 4 comments
Pernah jugak dengar yang budak form 5 jealous dengan kami yang dah habis sekolah. Andainya korang tahu peritnya tinggalkan sekolah & kawan-kawan. Korang pasti tak jealous.

Its all about memories.
Kadang-kadang kita rindu nak sekolah balik bukan sebab nak belajar sangat pun. Tapi semuanya sebab sahabat-sahabat dan sebab itu lah yang menyebabkan korang mampu untuk bertahan. Kadang-kadang tu kalau boleh korang nak sekolah balik tapi taknak belajar. Hanya diberi peluang kedua untuk melepak berborak & memilih untuk menghabiskan masa dengan sahabat-sahabat korang sama ada dalam kelas ataupun dalam kawasan sekolah.

Kalaulah masa tu boleh diputar, mesti korang nak habiskan sisa-sisa zaman persekolahan korang dekat sekolah dengan sahabat-sahabat korang tanpa fikir pasal SPM. Kadang-kadang korang minat nak belajar bukan sebab korang minat sangat. Tapi sebab kawan-kawan kan? Kalau boleh diberi satu peluang lagi, pasti korang takkan sia-sia kan masa tu kan? Indahnya kalau masa itu boleh diputar dan jika kenangan itu boleh dicipta semula.

Tapi, tak semua akan dapat peluang kedua. Jadi bila dapat peluang pertama tu we have to appreciate it. 

Jujurnya, mungkin akan ada yang kata lepas SPM tu menyeronokkan. Sebab boleh buat apa sahaja yang kita ingin lakukan waktu zaman persekolah dulu. Tapi percayalah itu semua sebenarnya presepsi untuk orang yang tidak mencipta kenangan bersama sahabat-sahabat diorang. Tapi, bagi mereka yang  banyak mencipta kenangan bersama sahabat mereka, dorang rasa perkara yang dorang nak lakukan mesti dengan sahabat sekelas mereka. Syok bila satu kelas satu kepala, selalu kena marah dengan cikgu sama-sama. Tapi bila semuanya dah tiada, akan sampai ada masa korang rasa kosong.

Pesanan untuk budak sekolah,
Appreciate zaman persekolahan korang. Jangan bila dah tak jumpa kawan-kawan korang nanti, baru nak rasa menyesal. Akan ada yang terasa dengan perpisahan tu. Tapi akan ada juga yang langsung taknak ambik tahu. 

Mana yang masih berhubung, eloklah. Mana yang tidak, korang telah kehilangan sesuatu yang berharga waktu zaman remaja korang.

Buat sahabat;

Baizura, Amera, Atirah, Fatanah, Fatihah, Najihah, Ain, Syahzwina, Haslinda, Aqtikah, Adini, Zakuan, Afif, Hanis, Aiman, Dannial, Muzammil, dan Nazmi.

Twerima kasih buat semua kenangan selama 5 tahun sebagai classmates. Perjuangan kita jauh lagi.. See you when I see you guys. -Lots of love,

Shahirah.

nter>Older Post | Newer Post