Macam Kawan Tapi Bukan
Wednesday, January 13, 2016 | 5:50 PM | 6 comments
Kawan kita yang hari ini, kawan baik ke kawan rapat ke kawan-kawan biasa ke, semua mereka yang dahulunya kita langsung tak kenal. Dan mereka ini juga berlainan anggapan kita pada dia.

Ada yang kau baru kenal, kau tak rasa yang dia akan jadi kawan baik kau. Ada tu kau baru je kenal terus kau rasa dia sangat memahami kau dan kau rasa benda tu boleh buat kalian jadi rapat.


Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, apa yang kau jangka akan berlaku dalam persahabatan kau dengan seseorang.


Pertama, pada kawan yang kau anggap kawan biasa. Kenal secara tak sengaja, jarang sekali berjumpa, perlu bila ada, tak ada pun tak apa.


Kedua, pada kawan yang kau anggap kawan baik. Tak ada kau cari, semua masalah kau kongsi, rahsia kau bagi, tak ada tak lengkap lah sehari.


Kawan yang dulu kau anggap biasa. Sekarang siapa dia pada kau? Masih kau rasa dia kawan yang biasa atau dia yang selalu ada bila kau perlu bantuan? Atau kau sendiri menganggap dia seorang yang baik dengan cara layanan dia pada kau? Sedangkan sebelum ni takda pun kau dengan dia mengaku antara satu sama lain yang kalian sahabat baik.


Kawan yang dulu kau anggap baik. Kawan baik. Masih kau rasa dia seorang kawan yang baik untuk kau? Masih kalian rapat seperti dulu? Atau dia kau anggap baik, sudah mula buat "taik". Dia yang kau anggap baik, susah-susah baru dia nak cari. Kau je yang berkongsi. Kau je yang mesranya tak lari. Dia? Anggap kau ada takda. Kalau ada, ada lah. Kalau takda pun takpa.


Bagus lah kalau kawan yang dulu kau anggap kawan biasa tapi kau rasa dia seorang kawan yang baik. Bagus lah kalau kawan yang dulu kau anggap baik sekarang kalian masih rapat. Tapi kalau yang dulu kau anggap baik, sekarang kau tak rasa dia orang yang sama, apa kau buat? Diam untuk menerima, tapi sering dikecewakan olehnya. Sakit hati dengan bahasa dan tindakannya. Atau, kau luah apa yang kau rasa, tentang apa yang kau tak puas hati dengan dia. Kalau dengan itu dia tarik muka, jauhkan dari dirinya, sedarlah kau bahawa dia tidak lagi memerlukan kau sebagai seorang kawan. Mungkin dulu dia perlu kau sebab dia hanya mahu dibantu.


For me, friendship is more complicated than relationship between couples.


Kalau kau tak nak benda-benda ni berlaku, senang je. Masa mula jumpa, masa mula kenal hati budi dia, jangan senang sangat nak mengaku dia itu ini pada diri kau. Sedangkan kawan yang dah 2 tahun kenal pun hari ni kau tak faham dia, inikan pula dia yang baru kenal sebulan dua.


Indah kan hidup ni kalau dua-dua belah pihak ikhlas dalam persahabatan? Tiada hasad dengki. Cemburu jauh sekali. Bila berjaya sebagai seorang kawan patutnya rasa bangga. Dah anggap macam keluarga.


Jadi, jangan anggap persahabatn ni benda mudah. Jaga hati kawan. Jaga bila dia tak mampu bangun. Buang semua hasad dengki atau perasaan tak puas hati kalau kau sayang persahabatan kau dengan dia. Tak akan bahagia bila kau mula rasa tak suka. Apa-apa pun, perginya dia meninggalkan kau, pasti ada yag lebih baik datang mengganti. Yang benar tak akan pergi buat kau tiada sesiapa di sisi :-)

nter>Older Post | Newer Post