Lyfe b4 & after school
Tuesday, January 12, 2016 | 3:16 PM | 6 comments
Bulan pertama lepas SPM memanglah seronok. Masuk je bulan kedua lepas SPM, mula lah macam-macam perasaan yang keluar.

Perasaan bila tengok adik-adik masuk sekolah, beli barang sekolah mula lah rasa lain. Lepastu dah tak fikir dah pasal cuti sekolah. Perasaan tu lain beb. Lagi perit bila duduk rumah tak tahu nak buat apa. Sebelum habis SPM dulu konon-konon, lepas SPM aku nak;-

1) Hangout dengan kawan
2) Watching movies all day
3) Short vacation dengan bestfriend
4) Nak cari kerja
5) Qadha' tidur puas-puas
6) Dah taknak fikir pasal sekolah

Tapi bila lepas je SPM, semua tu ke mana engkau pun ke mana akhirnya duduk rumah tengok tv, online, makan, tidur dan buat laman web mereput.com.my dekat rumah.

Situasi 1)
Dua tiga minggu pertama menda ni memang berjaya. Tapi kalau dah hari-hari nak hangout, mana nak cari duit. Kau duduk rumah pun dah menganggur tak buat apa. Kalau zaman sekolah duduk nak hangout hari-hari pun boleh sebab hari-hari kau akan dapat duit belanja. Sekarang ni duit belanja ke mana duit simpanan ke mana.

Situasi 2)
Dulu kalau time ada movie baru keluar je oh my god nak tengok! Tapi sebab fikir pasal SPM tahan dulu sebab nak kena focus. Jadinya lepas SPM aku nak layan semua movie yang terlepas dulu. So, bila lepas SPM dah berlalu memang lah nak layan movie tapi movie menda yang aku nak layan dulu pun dah lupa dah.

Situasi 3)
Ini perancangan budak-budak yang stress masa belajar dulu je. Konon-konon belajar stress so i need some vacation with my bestfriend so boleh la release tension! Nampak tak tu perancangan budak-budak tension yang nak kena menghadap buku and struggle bermati-matian untuk SPM diorang?

Situasi 4)
Habis je belajar ni aku nak cari kerja lepastu boleh beli semua benda yang aku nak yeay! Bila dah terbaring dekat rumah dengan bosannya, mood nak cari kerja pun entah ke mana. Bila duduk rumah bosan, nak kerja tapi malas. Tapi takkan aku nak duduk rumah terbongkang sampai bulan 5 oh no! Aku nak kena cari kerja jugak ni! Bila dah ada mood nak cari kerja, kerja pula takdek jawatan kosong bila dah takdek so duduk rumah terbongkang and ulang and ulang benda sama setiap hari sampai rasa nak  tengok muka sendiri pun dah rasa macam asal aku dah habis sekolah?

Situasi 5)
Ini lagi best! Hari-hari ada kelas sampai tak cukup tidur. Sekolah dari pukul 7pagi sampai 5petang sebab ada kelas. Then sambung malam punya kelas pulak dari pukul 8malam sampai 10malam. Ah tu tak kira hari sabtu dan ahad lagi. Hari sabtu kelas pagi dari pukul 8 sampai 12tgh hari. Malam sambung balik kelas. Balik nak siapkan homework. Hari ahad je takdek class tapi hari untuk siapkan hw. Ah aku tak cukup tidur, tengok lah lepas SPM nanti aku nak qadha' tidur puas-puas. Bulan pertama seronoklah dapat qadha' tidur. Masuk bulan kedua jenuh dah nak tidurnya.

Situasi 6)
Aku stress gila fikir pasal sekolah. Lepas SPM nanti aku taknak langsung fikir pasal sekolah, pasal homework, pasal cikgu. Stress nak mati! Tengok lah sekarang? Everyday fikir nak sekolah balik, jealous bila budak-budak ada homework pergi study bagai tapi kau duduk rumah takdek buat apa.

Kalaulah sekolah lagi, takdek lah nak fikir pasal kerja fikir pasal masa depan :')

Tapi kau kena ingat,

Yang masa tu bergerak, tidak mengundur. Jadi just follow the flow je beb.

Atau aku je yang rasa benda ni sebab aku tak hargai sesuatu benda dengan asyik nak merungut je?

Ada yang fikir, alah nanti sambung belajar balik, Relaks lah kan. Tapi bila kau dah sambung belajar jauh-jauh semua perkara dah tak sama dah. Kau dah tak jumpa kawan-kawan sekelas yang sekepala yang boleh ponteng kelas. Duduk pun dah berjauhan dengan keluarga. Tapi mesti akan ada yang kata, alah nanti dah sambung belajar, lupa dah lah semua ni. Ya betul tu. Hidup kena move on. Baru ada peningkatan.

Ada jugak yang fikir, yeay dah habis sekolah dah besar! Tapi tak bagi aku. Makin kau besar, makin banyak benda yang kau kena hadapi. Semua benda kau kena buat keputusan sendiri. Hidup kau dah tak boleh asyik nak bergantung pada orang lain. Apa yang kau kena buat adalah, berdikari dan makin banyak benda kau nak fikir untuk masa depan kau....


nter>Older Post | Newer Post