Kawan Kau Punya Kawan
Friday, January 15, 2016 | 4:32 PM | 1 comments
Ada tak kau kawan dengan kawan kau punya kawan? Kenal sebab lepak sama. Jumpa sekali tu macam mustahil nak rapat. Tapi ni yang jumpa 2 3 kali. Kawan kau punya kawan ni dikira kawan baik kepada kawan kau lah. Sebab tu pergi mana-mana pun dia ada. Kawan baik kau ada kawan baik yang lain dan belum tentu akan jadi kawan baik kau. Complicated kan friendship ni? Complicated bila every single thing matters to you. Why? Because you care. You care because you love your friendship.

Macam mana pula bila kawan baik kau punya kawan baik yang lain tu lama-lama jadi kawan baik kau juga? Kiranya korang dah bersatu. Selalu jumpa, lepaksama, kongsi cerita. Benda macam ni sebenarnya bagus. Bagi aku ni dinamakan persahabatan yang kita tak inginkan tapi diberi untk membuat kita menghargai. Persahabatan yang macam ni akan jadi rungsing bila ada beberapa perkara berlaku antara kalian.


1) Kau gaduh dengan kawan baik kau.

2) Kau gaduh dengan kawan baik kau punya kawan baik.
3) Kawan baik kau gaduh dengan kawan baik dia yang lain tu.

Situasi 1)


- Payah. Takda tempat nak mengadu. Kalau kau rasa ada pun, kau rasa tak layak untuk mengadu pada kawan baik kepada kawan baik kau tu. Kawan baik kau yang kenal dia dulu. Kawan baik kau yang kenalkan kau dengan dia. Kau agak mana dia akan lebih sokong dan percaya? Even kau semua dah TERgelar sebagai kawan baik. Ha kan aku dah cakap complicated. Mesti kau akan rasa kena ditch gil-gila punya. Perasaan give up lebih 50%. Tapi please, don't give up on friendship unless the bullshit that you are facing with the same person is happening again and again.


Situasi 2)


- Ni benda kecil je. Tak payah fikir susah. Biar lantak pi dia na. Kau still ada kawan baik kau walaupun kawan baik kau tu berkawan dengan dia, iaitu kawan baik kepada kawan baik kau. As long as kau tak hilang kawan baik kau yang asalnya. Tapi kalau boleh kau mesti tak nak mereka berkawan lagi kan? Jangan. Jangan ada niat jahat macam tu or kau yang akan ditinggalkan oleh semua orang. Baru padan muka kau.


Situasi 3)


- Yang ni kau kena jadi professional. As a good friend to your bestfriend and your bestfriend's bestfriend, (faham ke tak tu agaknya hahaha) kau kena make sure mereka berbaik semula. Kau kena pilih, nak sokong kawan baik kau ke nak sokong kawan baik kepada kawan baik kau yang kau kenal daripada kawan baik kau tu? Baik kau pilih dua dua as jalan selamat. Or else kau mesti akan kehilangan kawan baik kepada kawan baik kau tu. Mesti. Takkan lah kau nak ikut kawan baik kepada kawan kau tu pula. Sedangkan kau kenal dengan dia pun sebab kawan baik kau yang kenalkan.


Peningkan? Aku rasa nak meletup kepala buat ayat. Aku harap kau faham lah. Tolong baca banyak kali. Gerakkan sikit minda tu. Jangan malas untuk berfikir! Hahaha.


Sebab tu prefer untuk tidak mencampur adukkan persahabatan aku dengan orang ni dan persahabatan aku dengan orang tu. Kalau kau cukup hebat, satu kan. Lagi bagus. Merapatkan silaturrahim. Tapi kan, paling sedih bila kau kenalkan kawan baik kau yang ni dengan kawan baik kau yang tu lepas tu mereka jadi baik dan tinggalkan kau. Sila kerja kat kilang tisu untuk meratapi kesedihan yang akan berlarutan untuk beberapa hari. Sedih sangat tu.


Serious best ada kawan baik tapi kalau terlalu banyak "kawan baik" pun tak elok. Belum tentu semua baik. Cukup lah sorang dua orang daripada banyak banyak yang masa susah pun tak nampak hidung punya batang. Hampeh!



nter>Older Post | Newer Post