Rugi Ke?
Tuesday, November 25, 2014 | 3:49 PM | 0 comments
Rugi ke?

Apa yang ruginya?

Rugi ke kau buat baik dengan semua orang?
Ini tak, semua benda adanya tak kena di mata kau. Orang buat baik, kau buruk sangka. Apatah lagi orang buat silap, cepat je kau nak tangkap. Kau tu? Sempurna sangat dah? Baiki diri sendiri.

Rugi ke kau lepaskan semua benda yang kau nak bagitahu daripada kau simpan dan tunjuk ego kau setinggi awan di langit?
Memang puas hati. Kejap je lah tapi. Berhari-hari. Tak tahan sampai mati pun. Daripada terlambat, dia dah pergi baru kau berlari menyampaikan rasa hati. Sangat rugi.

Lagi,
Rugi kalau kau menolong dan mengharapkan balas budi. Tidak dapat apa yang kau mahukan, ungkit semula. Apa yang orang rasa? Macam-macam. Seingat dia kau ikhlas, tapi lain pula yang dibalas. Sekali tu jelah orang minta tolong. Lepas ni, tiada lagi. Orang benci lagi ada.

Ada benda yang kita nak buat tapi tak nak sebab sakit hati. Jangan, buat lah. Tak rugi pun. Jangan sebab sakit hati, kita nak berbudi, kita hanya menyakiti. Sampai bila dendam mahu singgah di hati sedangkan niat ikhlas sudah lama mati.

Jika ikhlas kau beri,
Balasan semua di akhirat nanti.
Itu Allah janji.
Mesti.


nter>Older Post | Newer Post