Kau Rasa?
Monday, January 11, 2016 | 2:01 PM | 0 comments
Rasa kau.
Apa yang kau rasa tak sama dengan apa yang orang dekat "sana" rasa. Kadang-kadang takda siapa pun yang faham apa yang kau rasa. Bukan setakat itu, kau pun kadang-kadang tak faham dengan apa yang kau rasa. Kau rasa semua benda yang kau rasa tu semuanya betul walaupun tiada siapa yang menafikannya, meng-ia kan nya jauh sekali. Kau rasa semua benda yang kau dengar guna telinga, benar belaka. Kau rasa, semua yang kau nampak dengan mata, kebenarannya nyata. Kau rasa kau dah lakukan yang terbaik, tapi ada je insan yang datang tak di undang, pergi tak di suruh dari hidup kau. Kadang-kadang kau sendiri rasa dan mula sedar yang hidup ni tak semua orang suka kan kita. Kau rasa sekelumit masalah pun kau takda lakukan tapi masih ada insan yang datang dan pergi dari hidup kau. 

Kau perlu faham.
Faham bahawa manusia datang dan pergi. Sejauh mana pun kau setia, ingat, jika bukan itu benarnya ianya tidak akan kekal. Kadang-kadang kau rasa dia berubah. Tidak, dia tidak berubah. Jauh sekali untuk berubah. Kau rasa kau dah lakukan yang terbaik, tapi kenapa masih ada yang membenci. Manusia berubah apabila tiba masanya. Kau. Kau takda kuasa untuk menahan. Bukan bosan, tapi itu hakikatnya. Sebolehnya, terima. Jangan pernah salahkan takdir. Kata lain, berserah dan menerima. 

Ditinggalkan atau meninggalkan itu lumrah.
Kau rasa, kau sanggup lakukan apa saja, asalkan kau tidak ditinggalkan. Kau silap. Kau rasa dengan apa yang kau lakukan itu, benda tu akan kekal. Sekali lagi, kau silap. Hati orang, berbolak-balik sifatnya. Siapa kau untuk menduga. Jangan pernah berputus asa apabila ditinggalkan. Ingat, di mana pun kau berada, di mana pun kau menetap. Kau tetap akan ditinggalkan atau meninggalkan. Kau takkan pernah lari daripada meninggalkan dan ditinggalkan. Kata lain, lumrah hidup.

Allah itu Maha Mendengar.
Pinta pada-Nya agar dikuatkan hati, dicekalkan iman agar mampu untuk berdiri semula memandang ke hadapan. Tak salah kau meminta-minta dengan-Nya selagi mana kau setia dengan-Nya. Kenapa masih mencari di luar "sana" sedangkan di "sini" kau sudah jumpa "Si Kekasih Hati". Erti kata, berhenti berharap pada yang tidak sudi.

Bukan mudah untuk mengubah rasa hati. Sejauh mana pun kau mencuba kau mungkin tidak mampu. Tapi percaya, dengan gigihnya usaha kau, kau akan berjaya. Kenapa? Kerana manusia sering melupakan dan dilupakan. Ingat tu.

nter> | Newer Post