Bukan Jawapan Sebenar
Monday, January 11, 2016 | 2:01 PM | 0 comments
Selain daripada soalan "Kenapa kau gemok sangat?" yang aku benci, aku tak suka bila orang tanya secara randomnya dekat aku soalan "Eh kau dengan dia okay tak? Korang still kawan lagi ke?" Bila aku dengan seseorang tu dah tak kawan, rapat dan langsung tak berhubung lagi dah. Selalunya, masalah aku dengan orang lain, masalah aku dengan diri aku sendiri, aku memang tak suka berkongsi dengan orang. Biarlah aku simpan sorang-sorang. Sama je bila aku dengan orang. Selesainya belum tentu. Entah-entah makin teruk. Bukan tak pernah kena. Pernah.

Ada masa tu bila kau tengah borak-borak dengan sesiapa pun, mesti akan ada yang tanya atau cakap pasal seseorang yang kau dah tak rapat. Mungkin mereka tanya sebab mereka tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan "dia".

Contoh, kau baik dengan seseorang ni. Lepastu korang berdua tak rapat dah sebab sesuatu. Sesuatu yang korang memang tak dapat cari jalan penyelesaiannya walaupun setiap masalah tu ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Erti kata, menyerah.

"Weh kawan kau tu (kawan yang kau dah tak rapat) handsome kan. Suka tengok dia. Untunglah kau rapat dengan dia."

Kau yang dengar soalan macam tu dengan nama orang yang memang kau dah tak rapat tu membuatkan kau malas nak jawab. Disebabkan orang lain tak tahu masalah tu, kau terpaksa rahsiakannya dengan berpura-pura jawab seakan-akan korang masih rapat. Kau terpaksa simpan jawapan yang ringkas seperti "Aku mana rapat dengan dia dah." Sebab kau tahu akan ada soalan yang seterusnya yang boleh membuatkan kau sakit hati mahupun rindukan perkara yang dulu-dulu. Jadi kau pun diam. Terpaksa dengar apa orang yang tak tahu apa-apa cerita pasal orang yang kau dah tak rapat lagi.

Kadang-kadang benda macam ni buat kau rindu perkara dulu lebih daripada kau rasa sakit hati. Secara tidak langsungnya orang buat kau menyesal dengan keputusan yang kau buat.

Sesuatu hubungan yang indah tu memang senang nak dibina bukan kerana ia tiada harga, tapi kerana kalian ada perasaan dan minat yang sama. Yang menyebabkan hubungan tu runtuh kerana kau tiada kata yang utuh. Kata-kata yang boleh buat pihak lagi satu mengerti.

Apa yang aku nak kata kat sini ialah, aku memang tak suka bila orang TERtanya soalan yang melibatkan orang yang aku dah tak rapat. Sakit bila kau terpaksa beri jawapan yang macam kau dengan dia (orang yang kau tak rapat) masih rapat sedangkan yang tinggal hanya serpihan kata yang dah memang takda makna.

Sebelum ambil keputusan yang membuatkan kau ambil langkah terakhir dalam sesuatu permasalahan tu, fikir lah  baik-baik. Fikir dari mula terbinanya hubungan tu sampai saat ia mahu runtuh.


nter>Older Post | Newer Post